Sunday, November 29, 2009
Friday, November 27, 2009
Thursday, November 26, 2009
SALAM ADIL ADHA
SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA. Semoga kedatangan 10 Zulhijjah tahun ini banyak meginsafkan kita. Pengorbanan yang kita lakukan mudah2an diterima olehNya. Namun sepanjang perjalananku dari Terengganu ke Baling Kedah(26/11/2009)..aku lihat ramai pemandu yang sengaja ingin mengorbankan diri dan keluarga di jalan raya. Tak pandai sabar...memotong pada tempat yang septutnya. kLU TAK SILAP AKU 3 KALI brek emergency gara kereta dari depan memotong digarisan berkembar. angin 1 badan aku dibuatnya. Wahai sahabatku..sabarla..semua orang nk balikberaya...Nampaknya sigboard2 tentang keselamatan jalan raya yang dipasang oleh pihak berkuasa semacam tidak memberi kesan kepada segelintir pemandu di negara kita. Ungkapan "Pandu cermat jiwa selamat" atau " jangan biarkan keluarga anda menanti dalam tangisan" tidak memberi sebarang erti. Benarlah ...aku pernah terdengar kata2 orang..rakyat Malaysia kaya dengan sopan santun tapi tidak semasa di jalan raya...fikir-fikirkanlah..jangan kerana kesilapan kita orang lainyang terkorban
Friday, November 20, 2009
BANJIR DATANG LAGI
Musim tengkujuh menjenguk kembali. Sejak aku masih kanak-kanak hingga kini beginilah keadaan di hadapan rumah orang tuaku. Kanak2 begitu gembira tatkala banjir tiba. Tanpa mempedulikan kesejukan yang menggigil mereka terus mandi-manda. Kedatangan musim tengkujuh seakan satu pesta untuk bermain air.Aku hanya mengingati kenangan silam mendayung sampan dan menahan pukat. Walaupun aku tak dapat makan ikan air tawar tapi aku seronok sekali bila mendapat banyak ikan. Kesejukan seakan tidak terasa lagi lantaran kepuasan menguasai diri. Bagi anak2ku..long, ngah dan adik..mereka tak pernah mengalaminya. Apa yang mereka tahu mandi-manda sahaja dalam air banjir. Lihatlah betapa gembiranya mereka melakukan aksi umpama mat rempit.Inikah yang dikatakan mat rempit junior. Bagiku mungkin sekadar kesronokan mereka mengharungi air banjir sahaja. Kini aku tak sanggup lagi bermain macam mereka. Perahu kecil yang ku guna sebelum ini sudah habis ditelan zaman. Tiada kelihatan lagi kanak-kanak mendayung perahu jalur( sampan yang dibuat daripada batang kayu ). Sesekali hanya terdengar deruman enjin speed boat melewati lautan air berhampiran rumahku.
Tuesday, November 3, 2009
APA NAK JADI
sekarang ni cuaca tak menentu..sekejap hujan, mendung dan panas berulang2..begitu juga hari ni hujan sejak pagi. Agak nyaman sekali..tapi aku lihat anak didikku mcm kepanasan. Pada sangkaanku mungkin mereka sukar untuk menjawab soalan Mathematik Paper 2. telahanku benar..tiba2 BOB dtg lantas bertanya dengan spontan..cikgu pecahan tu gapo (apa)? dengan loghat kelatenya. Terkejut aku dibuatnya..sudah form2 ..pecahan pun tak tahu. Apa nak jadi...di manakah silapnya..fikir la sendiri. sedang aku melayan fikiran dengan pertanyaan BOB, seorang lagi bertanya cikgu, hitung maksdu mende? dengan loghat terengganunya. Semakin keliru aku di buatnya...Apakah PPSMI telah mengelirukan mereka dengan istilah dalam BM? Timbul persoalan di benakku. Mungkinkan mereka keliru dengan soalan dwibahasa atau.... setakat ni tak mampu aku leraikan lagi persoalan ini. Nanti aku cuba cari jawapan. Sedang aku asyik mencari-cari jawapan, pandanganku teralih pada seorang pelajar perempuan. Hampir 5 minit aku memerhatikan tingkah lakunya..pada sangkaan ku pelajar tersebut sedang leka berSMS. masa tu jam menunjukkan pukul 11.21 pagi. aku terus memerhati. tepat sekali..bila aku menghampiri sepantas kilat dia menyembunyikan hp di bawah paha kanan. Namun dengan selamba berkata : " cikgu, tak dok mende ". Bila di suruh berdiri..HP berada di atas bangku. Apa nak jadi .. fikir2kanlahwahai sahabatku yang bergelar guru...
Sunday, November 1, 2009
ADIK
yang ni puteri bongsu ku..Namanya panjang juga ..Siti Uzma Muzfirah, satu-satunya perempuan. soal belajar rajin bangat..alhamdulillah dapat pelajar terbaik walupun baru bulan jun masuk tadika yayasan islam terengganu. Semasa kat Ipoh..aku masukkan ke sekolah PASTI.. Tahun 2008 dapat pelajar cemerlang PaSTI al muhajirin...syukran khas buat cikgu-cikgu di Pasti Almuhajrin Bandar baru Putera. Bila balik terengganu mcm tertarik pula dengan program al-Quran yang dijalankan di Tadika YIT. So..dapat juga khatam. Thank's for all teacher and ustazah.
Friday, October 23, 2009
CAHAYA MATA
Inilah LoNG & NGaH...Mrk berdua ni agak aktif di sekolah. Gambar ni di ambil masa pertandingan Kompang peringkat Negeri Perak di PPD Grik. JOHAN. Dpt p peringkat kebangsaan . Tapi mrk tak dapt ikut sebab ikut aku berpindah ke TERENGGANU. Long agak relaks..maklumla dia ni pendiam sikit....tapi si adik terus bertanya..kenapa dan mengapa..puas aku memikirkan jawapan yg dapat menjawab persoalannya. Akhirnya ngah pasrah dengan ketentuannya. Bagi mengubat duka..aku pinjam la.. 2 kompang dari sekolahku..Apa lagi hari2 berkompang..bawah pokok rambutan. seronok tak terhingga. Tak tau la mereka ni dapat bakat dari mana.Kalu aku yang pukul kompang..hujan la gamaknya... suatu hari aku harapkan mereka berdua dapat menubuhkan pasukan kompang. Maklumla..kat setiu ni...agak kurang lagi pasukan kompang... apa pun belajar mesti PANDAI.
Thursday, October 22, 2009
TAMBUN LOSTWORLD
Alkisahnya Tambun Lostworld ni dekat aje dgn rumah sewa ku di Bdr Baru Putera. Tak sampai 10 minit drive..shortcut via taman perpaduan..tapi dh hampir 2 tahun di Ipoh..aku x pernah sampai ke tempat yang agak menarik la. Tak kusangka tempat yang dulunya hutan rimba berubah wajah menjadi destinasi pelancongan utama. (masa tu aku belajar di MPIP 92/94). begitu teringin aku mau ke sana..ditakdirkan tuhan aku dapat offer dari kwn (tionghua)utk memberi 4tiket masuk percuma..xie2 ni...mahal gak RM100..so aku cuma tambah satu tiket kanak-kanak utk sibongsu...
Maka hasratku membawa famili termakbul juga...kami sekeluarga ke sana..betapa seronoknya anak2ku..Ngah sgt berani dan begitu teruja nk main..gelungsur air...aku terpaksa akur..diikuti long..so 2x aku jadi body guard mereka...si bongsu dgn uminya...
Salam
Salam utk semua..
Terima kasih bagi yang sudi singgah diblogku..sebenarnya akubaru nak berjinak2 semula dgn blog memblog ni (sori cikgu BM..mcm x kena tatabahasa). Almaklumla..bz dgn keje2 yg perlu dibereskan. anyway..aku try la utk bersama korang..melalui blog...khas x student..sma setiu,,sma maarif, MPIP unitK ..KDP 14M MP Kent Tuaran th 2000..n Sandakan Geng...welcome to my Blog..semoga yang terpisah dpt bertemu kembali..mau jejak kasih ni...
tq.
xie2
syukran
Terima kasih bagi yang sudi singgah diblogku..sebenarnya akubaru nak berjinak2 semula dgn blog memblog ni (sori cikgu BM..mcm x kena tatabahasa). Almaklumla..bz dgn keje2 yg perlu dibereskan. anyway..aku try la utk bersama korang..melalui blog...khas x student..sma setiu,,sma maarif, MPIP unitK ..KDP 14M MP Kent Tuaran th 2000..n Sandakan Geng...welcome to my Blog..semoga yang terpisah dpt bertemu kembali..mau jejak kasih ni...
tq.
xie2
syukran
Subscribe to:
Posts (Atom)