Tuesday, November 3, 2009
APA NAK JADI
sekarang ni cuaca tak menentu..sekejap hujan, mendung dan panas berulang2..begitu juga hari ni hujan sejak pagi. Agak nyaman sekali..tapi aku lihat anak didikku mcm kepanasan. Pada sangkaanku mungkin mereka sukar untuk menjawab soalan Mathematik Paper 2. telahanku benar..tiba2 BOB dtg lantas bertanya dengan spontan..cikgu pecahan tu gapo (apa)? dengan loghat kelatenya. Terkejut aku dibuatnya..sudah form2 ..pecahan pun tak tahu. Apa nak jadi...di manakah silapnya..fikir la sendiri. sedang aku melayan fikiran dengan pertanyaan BOB, seorang lagi bertanya cikgu, hitung maksdu mende? dengan loghat terengganunya. Semakin keliru aku di buatnya...Apakah PPSMI telah mengelirukan mereka dengan istilah dalam BM? Timbul persoalan di benakku. Mungkinkan mereka keliru dengan soalan dwibahasa atau.... setakat ni tak mampu aku leraikan lagi persoalan ini. Nanti aku cuba cari jawapan. Sedang aku asyik mencari-cari jawapan, pandanganku teralih pada seorang pelajar perempuan. Hampir 5 minit aku memerhatikan tingkah lakunya..pada sangkaan ku pelajar tersebut sedang leka berSMS. masa tu jam menunjukkan pukul 11.21 pagi. aku terus memerhati. tepat sekali..bila aku menghampiri sepantas kilat dia menyembunyikan hp di bawah paha kanan. Namun dengan selamba berkata : " cikgu, tak dok mende ". Bila di suruh berdiri..HP berada di atas bangku. Apa nak jadi .. fikir2kanlahwahai sahabatku yang bergelar guru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment