Musim tengkujuh menjenguk kembali. Sejak aku masih kanak-kanak hingga kini beginilah keadaan di hadapan rumah orang tuaku. Kanak2 begitu
gembira tatkala banjir tiba. Tanpa mempedulikan kesejukan yang menggigil mereka terus mandi-manda. Kedatangan musim tengkujuh seakan satu pesta untuk bermain air.Aku hanya mengingati kenangan silam mendayung sampan dan menahan pukat. Walaupun aku tak dapat makan ikan air tawar tapi aku seronok sekali bila mendapat banyak ikan. Kesejukan seakan tidak terasa lagi lantaran kepuasan menguasai diri. Bagi anak2ku..long, ngah dan adik..mereka tak pernah mengalaminya. Apa yang mereka tahu mandi-manda sahaja dalam air banjir. Lihatlah betapa gembiranya mereka melakukan aksi umpama mat rempit.Inikah yang dikatakan mat rempit junior. Bagiku mungkin sekadar kesronokan mereka mengharungi air banjir sahaja. Kini aku tak sanggup lagi bermain macam mereka. Perahu kecil yang ku guna sebelum ini sudah habis ditelan zaman. Tiada kelihatan lagi kanak-kanak mendayung perahu jalur( sampan yang dibuat daripada batang kayu ). Sesekali hanya terdengar deruman enjin speed boat melewati lautan air berhampiran rumahku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment